Monday, December 1, 2014

teringat

copy paste dari fb seorang akhawat ex-SMKAB, sahabat satu batch, kelas dari form 1 dan merangkap mantan penolong saya dalam organisasi BADAR dulu (punya nak cakap rapat lah tapi jaga ikhtilat)

......................
Sambil duduk2 di bilik, ada sahabat saya bertanya,
"kalau kita tidak hadiri majlis ilmu selama 40 hari boleh menyebabkan hati menjadi keras, apa beza kita pergi kuliah hari2 dengan majlis ilmu di surau2 & di masjid2? Kuliah tu pun majlis ilmu kan?"

Senyum mendengarnya.

Ya betul. Kuliah tu pun majlis ilmu. Tapi andaikata kuliah2 yang kita hadiri setiap hari tu gagal atau tidak berjaya mengenalkan dan mengingatkan kita pada tuhan, maka itulah bezanya. Apabila setiap ilmu tak kisahlah ilmu kimia, biologi, fizik, dsb dikaitkan dengan tuhan, maka itu juga dikatakan majlis ilmu. Kita belajar utk kenal pada tuhan. Bukankah ilmu itu juga dari tuhan? 

Teringat suasana belajar di SMKAB.. Sampaikan kelas bahasa melayu juga ada pengisian rohani. Kelas dimulakan dengan bacaan al-Quran dan tafsir. Teringat lagi guru saya mahukan setiap tulisan yg ditulis memberi makna kpd pembaca dan pemeriksa. Bukan menulis utk lulus cemerlang semata! Matematik, kimia, fizik..semuanya dikembalikan pada Dia. 
Rindu suasana tu.
Allah.. Moga syurga buat mereka.
 ...............................

adoyai baca status ni terus buat aku TERINGAT ayat abi aku di SMKAB, ust. Fuad Ahmad.
 Katanya

"kamu pasti akan rindu semestinya biah hasanah yang kamu bina dan dapat dari sekolah ini, tapi bila kamu sekadar TERINGAT maksudnya hati kamu dah kotor waktu itu Majdi"

Allahuakbar, betullah tu abi. :(

Thursday, November 20, 2014

Kenyiaq Story

Al kisah story ni untuk bacaan si Zety (classmate aku) sebenarnya. Situasi kejadian, tapak perkhemahan Tasik Kenyir, Terengganu (ada camping program kat situ). Sebab cuaca asyik hujan je masa camping tu, tiap tiap kali time makan mesti berebut punyalah tempat duduk. Nak dijadikan cerita ada 4 biji kerusi personal untuk makan.

Kerusi 1st: aku
Kerusi 2nd: Zety
Kerusi 3rd: m
Kerusi 4th: j

Ceritanya,
J: majdi, nak duduk!
Aku: TAKLEH!!! (walaupun dah abih makan) hahahaha
J: kuang ajar mamat ni. Kau tunggu *gelak* (duduk kerusi yang lagi satu)
Zety: *gelak*
................
F (watak baru): majdi nak duduk.
Aku: oh, duduklah. Aku dah abis makan *senyum*
................
Zety: oh kau, time J nak duduk tadi kemain kau halau ehh.. F datang terus bagi. Senyum pulak tu. *gelak*
Aku: ehem tu ah true friend.
Zety: true friend korok mung! Kau dah lar banyak haters.
Aku: tu pun true friend jugak.. Haters tapi gelak je. Boleh nampak mana satu haters yang ajet ajet dengan yang haters belakang ni. *gelak*
Zety: abih tu si F tu bukan true friend lah? *gelak*
Aku: *terbatuk* eh yang tu baru nak rapat. *gelak*

The end of story pendek. Nak cakapnya best hidup berkawan cuma kita je yang tak sedar. Kalau kita nak bercakap pun dah rasa comfort maksudnya dah petanda baik dah tu. Tapi kalau tak selesa tu banyaknya krik krik je lah. Better elakkan dari rapat ngan orang yang kita tak selesa supaya tak sakitkan hati masing masing. Bukan benci ye. Tak masuk syurga putus silaturrahim- sabda Nabi :)


Kredit: Jemah group

Thursday, November 6, 2014

blowing dust

Those past years, done with following others flow. So I've said to myself to stand firm. Yeap, there is no more this and that. No matter how hateful a person can be or I can be. Still, I'm going to blow dust to them with zero reaction.

Plus FYI this is my account so I owned the rule to share about "I" things here :)
Bye bye then blog, till I got story bout me or people or environment or anything that is worth to write.

Wednesday, April 16, 2014

hijrah

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...

“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah manyahutnya!”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

terima kasih Yang Berkuasa menetapkan segala hati, engkau timbulkan rasa untuk berhijrah ke arah diri yang lama dan dengan izinmu untuk kearah yang lebih baik. Biar perlahan moga berkekalan.  Kekalkanlah rasa itu ya Allah, beri kekuatan..jangan engkau menariknya kembali selepas engkau memberi kemanisan itu..Ameen

Tuesday, April 15, 2014

sejuk kebenaran

*fuuuhhhhh sapu habuk*

Terengganu dan panas memang tak dapat dipisahkan tapi aku jumpa satu tempat yang memang takda effect langsung dengan weather surrounding. Sejuk jaa selalu dan tempat itu dalah Masjid UNiSZA. Masjid ni memang sangat hidup dan aku rasa sebab tu dia sejuk. BERKAT!!! Harap UMT pun akan ada satu masjid/ surau yang sejuk macam ni :)


Firman Allah dalam  ayat 109 dan 110 surah al-Taubah maksudnya:

"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka kecuali bila hati mereka telah hancur. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"

Wassalam......

Tuesday, July 9, 2013

month of barakah

by the time im posting this entry, its already 1 Ramadhan 1434..waiting for Isya' and for musolla..still got time to write this (lol should be recite for Quran)..but somehow still wanna say it for antum and for me as we entered this month of barakah..let us do not waste it..i wont write the perks (fadhilat) of this month cause im pretty sure antum knew it better than me i bet..just that i say it again..do not waste it..cause Ramadhan is sure to come every year..but either we meet it again or not,  you cant say it with confidence..we got nothing..we're far from the opportunity to syahid, we dont have that kind of money to pray in front of Kaabah and etc..but still we got Ramadhan to fill..that the special things to us..30 days with the first 10 is rahmah (blessing), the next 10 is maghfirah (forgiveness), and the last 10 is the releasing from an-nar (hell)..looks how He really love us..the ummah of Muhammad pbuh..we just really got no shame if we still insist to let the month flow as nothing..so thats the only message from me for antum and myself for this Ramadhan..Ramadhan Kareem!!! Allahuakram!!!


this is one of the prayer that our prophet Muhammad pbuh suggested to us for Ramadhan

Sunday, July 7, 2013

Ordinary Students Extraordinary Muslim (O.S.E.M)

aku memerhati..melihat semua yang hadir..panorama sekolah yang tak berubah pun dari waktu aku meninggalkannya sampailah yang sekarang..tapi perubahannya pada penghuninya..baru-baru ni sekolah aku adakan Kem Tunas Muda anjuran BADAR sekolah dengan kerjasama Alumni SMKAB..kami, alumni berkumpul awal sehari sebelum program..gembiranya tak dapat aku nak ceritakan bertemu dengan kawan-kawan yang dah lama sekali tak bersapa muka..tak apa abaikan kerinduan itu..apa yang penting mereka membuatkan aku CEMBURU dan MARAH dengan diriku!!!

kawan-kawanku semuanya semakin hebat..kami tak dilatih memandang akademik sebagai ukuran..tapi Keagamaan dan Kepimpinan..ada yang majlis tertinggi ISIUKM, exco keagamaan, gelaran ustaz, ustazah dan macam-macam lagi sumbangan dalam Islam..ilmu mereka pulak masyaAllah...mereka tidak berserban..mereka tidak berjam-jam memakai jubah dan ketayap..mereka biasa..merendah diri dalam istilahku..tidak aku memandang jawatan itu..tetapi bagaimana mereka mengekalkan diri mereka dalam landasan harakah Islamiah itu..mereka bertanya kepadaku macam mana qudwahmu di universiti.."ya syeikh Majdi..enta di sana macam mana??" tapi aku hanya "ana tiada apa-apa"..reaksi seakan-akan terkejut itu ada di wajah mereka..kerana mereka mengharapkan yang lebih daripadaku..sekadar membimbing sebuah kumpulan usrah kecil, sumbanganku bagaikan bukan apa-apa..aku malu untuk memberitahu....jawatanku sebagai setiausaha BADAR  di sekolah suatu ketika dulu tidakku bawa mehnahnya..maaf sahabat..itu dulu..

tidak aku mengejar jawatan..tidak juga aku iri hati dengan jawatan mereka..cuma sesatnya aku membawa diri dalam arena berdikari di daerah Islami adalah memalukan..takuk lama ilmu di dada buat aku marah diri seketika..tiada sumbanganku pada agama..apatah lagi aku sekarang terumbang-ambing dalam membimbing diri sendiri..aku tak tahu berapa lama lagi aku dapat bertahan sebelum betul-betul tenggelam..untuk aku, rasa beruntung dipertemukan dan menyimpan nama mereka sebagai sahabat..antum semua OSEM !!!

"ya Allah..ampuni aku hambamu yang hina dan kerdil ini"


ini mereka..insan-insan yang bakal menggegar dunia Islam suatu masa kelak..InshaAllah :)