Sunday, July 31, 2011

.:RAMADHAN KEMBALI!..EXCITEDNYA!!!..BETULKAH?:.


Assalamualaikum antum wa antunna sekalian.Lama betul rasanya ana x meng'update' laman ini.Jadi dalam kegembiraan kita menyambut Ramadhan yg mulia ini,ana ingin selitkan 'update' kali ini dengan sedikit pesanan atau pemikiran ana lah mudah cerita.

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ
منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
"Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)"
(Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a)

Ingin ana tanyakan kepada antum wa antunna semua.Gembirakah antum wa antunna semua dgn kedatangan Ramadhan?Bersungguh-sungguhkah antum semua utk mengejar RAHMAT pada sepuluh mlm pertama Ramadhan,KEAMPUNAN yg ditawarkan sepuluh mlm seterusnya dan PELEPASAN DARI API NERAKA pda sepuluh mlm terakhir?Dan yg utamanya,AKAN SEDIHKAH ANTUM WA ANTUNNA NANTI APABILA RAMADHAN MENINGGALKAN KITA?

Kenapa ana persoalkan segala aspek ini?Ini kerana,ana sendiri pun pernah memberi jawapan tidak untuk segala persoalan tersebut.Jujur ingin ana kongsikan bersama pengalaman dahulu(mgkin skrg masih ada..astaghfirullah..)yg ana sgt gembira apabila Ramadhan kembali menemui kita.Tapi,bila ana fikirkan semula..ana cuma seronok dari segi adat.Apa yg ana mksudkan dgn adat disini adalah kerana ana hanya gembira melihat orang lain yg byk melakukan ibadat yg membuatkan ana pon menjadi bersemangat utk beribadat.Tetapi dunia akhir zaman ini amat susah utk menemukan mereka yg begitu istiqamah sepanjang Ramadhan dan juga utk bulan2 strusnya(bila x nmpak org lain buat ibadat..ana pon jd mls la).Tapi normalnya yg biasa kita jumpa adalah yg mcm org tua2 kata..hgt2 tahi ayam shja.Awal semangat pasttu abih.Dan paling menyedihkan utk soalan yg terakhir 2..Adalah terlalu kecil bilangan insan yg menangis apabila Ramadhan ingin meninggalkan kita.Selebihnya gembira menyambut pelepasan syaitan2 yg diikat(smbut raya la 2).Astaghfirullah..

Jadi ana yg juga insan yg lemah ini juga ingin bawa antum wa antunna kembali istighfar kalau antum semua juga adalah org pernah memberi jwpan tidak utk soalan2 diatas.Ana juga insan lemah jd ana doakan agar kita semua diberi peluang utk memberi jwpan YA kepada soalan diatas dan berjaya mendapat kelebihan mlm yg lbih baik dari seribu bulan(Lailatul Qadr).Ameen..Wassalam utk kali ini..

Monday, June 20, 2011

.:::Si Hitam dan Si Putih ::.

Tersebutlah kisah di zaman dulu. Di sebuah kampung, ada dua orang sahabat rapat. Nama dua sahabat ini ialah Hitam dan Putih. Teramatlah baik mereka ini sehinggakan orang ramai mengatakan mereka ini adik beradik.

Nak di jadikan cerita, satu hari berlakulah sengketa besar antara mereka. Besar sungguh sengketa mereka hingga mulai dari hari itu mereka tidak lagi bertegur sapa. Bukan itu sahaja, disebabkan teramat marahnya Hitam terhadap Putih, habis semua cerita buruk Putih yang sebelum ini disimpan oleh Hitam diceritakan kepada orang lain. Biasalah manusia, nak menyedapkan cerita-cerita ini, Hitam mula menokok tambah sana sini rahsia Putih.

Putih amatlah sedih dan marah apabila mendengar cerita-cerita yang dihebahkan oleh Hitam itu. Disebabkan itu, Putih jatuh sakit. Makin lama semakin teruk penyakit Putih hinggakan orang-orang kampung merasakan hidup Putih sudah tidak lama lagi. Maka orang-orang kampung bersungguh-sungguh memujuk Hitam agar berdamai dan memohon maaf dengan Putih. Mula-mula disebabkan ego, Hitam berkeras tidak mahu memohon maaf. Tapi orang-orang kampung itu tidak berputus asa. Maka teruslah mereka memujuk Hitam hingga lembut hati Hitam.

Maka pergilah Hitam menziarahi Putih. Hitam memohon maaf dari Putih. Namun Putih hanya berdiam diri sambil memandang sayu terhadap Hitam. Setelah berkali-kali Hitam cuba memohon maaf, Putih menyatakan beliau boleh memaafkan Hitam dengan syarat Hitam membelikan untuk beliau seguni kekabu. (bahan yang digunakan untuk mengisi bantal). Bergegaslah Hitam pergi mencari seguni kekabu. Puaslah Hitam mencari kekabu tersebut di pasar. Nasib menyebelahi Hitam apabila Hitam berjaya membeli kekabu tersebut dari seorang wanita tua.

Hitam lalu bergegas semula ke rumah Putih dan menyerahkan kekabu tersebut kepada Putih. Sekali lagi Hitam meminta Putih memaafkan beliau. Kali ini, sebelum beliau memaafkan Hitam, beliau meminta Hitam menaiki satu tempat yang paling tinggi di kampung mereka itu dan kemudian menebarkan segala kekabu dalam guni itu agar kekabu itu berterbangan dan memenuhi segenap pelusuk kawasan di situ.
.
Hitam tidak banyak soal. Dia lantas memikul guni kekabu itu dan mencari tempat paling tinggi di kampung mereka itu. Cari punya cari, sudahnya Hitam ternampak sebuah bukit dan tiadalah tempat yang lebih tinggi dari puncak bukit tersebut. Dengan susah payah, Hitam mendaki bukit tersebut sambil memikul guni kekabu itu. Sampai di puncak, Hitam termenung sejenak memerhatikan keindahan alam. Setelah puas, Hitam mula menebarkan segala kekabu dalam guni tersebut hingga tiada langsung kekabu dalam guni itu. Hitam memerhatikan kekabu itu terbang ditiup angin hinggakan ada kekabu yang terbang itu hilang dari pandangan beliau. Dilipat guni yang kosong itu dan hasrat Hitam mahu membuktikan apa yang dipinta Putih telah ditunaikan beliau.

Dengan hati yang girang, Hitam berjalan menuju ke rumah Putih. Sangkanya kali ini, Putih pasti akan memaafkan beliau. Sampai sahaja di rumah Putih, ditunjuk guni yang kosong itu kepada Putih. Hitam dengan penuh harapan memohon maaf kepada Putih. Putih memandang tepat smbil berkata dengan perlahan-lahan. "Hitam, jika kamu benar-benar ingin aku memaafkan kamu, aku ada permintaan terakhir. Aku pasti memaafkan kamu jika kamu laksanakan permintaan aku ini. Aku mahu kamu kutip segala kekabu yang telah kamu tebarkan dari puncak bukit itu tadi!" Terduduk Hitam mendengar permintaan Putih itu.
.
Apa pelajaran dari cerita ini?

Fitnah itu amat menyakitkan. Belum tentu sakitya boleh sembuh walaupun banyak tenaga, masa dan wang digunakan untuk menyembuh penyakit terkena fitnah ini.

- Artikel iluvislam.com