Monday, December 1, 2014

teringat

copy paste dari fb seorang akhawat ex-SMKAB, sahabat satu batch, kelas dari form 1 dan merangkap mantan penolong saya dalam organisasi BADAR dulu (punya nak cakap rapat lah tapi jaga ikhtilat)

......................
Sambil duduk2 di bilik, ada sahabat saya bertanya,
"kalau kita tidak hadiri majlis ilmu selama 40 hari boleh menyebabkan hati menjadi keras, apa beza kita pergi kuliah hari2 dengan majlis ilmu di surau2 & di masjid2? Kuliah tu pun majlis ilmu kan?"

Senyum mendengarnya.

Ya betul. Kuliah tu pun majlis ilmu. Tapi andaikata kuliah2 yang kita hadiri setiap hari tu gagal atau tidak berjaya mengenalkan dan mengingatkan kita pada tuhan, maka itulah bezanya. Apabila setiap ilmu tak kisahlah ilmu kimia, biologi, fizik, dsb dikaitkan dengan tuhan, maka itu juga dikatakan majlis ilmu. Kita belajar utk kenal pada tuhan. Bukankah ilmu itu juga dari tuhan? 

Teringat suasana belajar di SMKAB.. Sampaikan kelas bahasa melayu juga ada pengisian rohani. Kelas dimulakan dengan bacaan al-Quran dan tafsir. Teringat lagi guru saya mahukan setiap tulisan yg ditulis memberi makna kpd pembaca dan pemeriksa. Bukan menulis utk lulus cemerlang semata! Matematik, kimia, fizik..semuanya dikembalikan pada Dia. 
Rindu suasana tu.
Allah.. Moga syurga buat mereka.
 ...............................

adoyai baca status ni terus buat aku TERINGAT ayat abi aku di SMKAB, ust. Fuad Ahmad.
 Katanya

"kamu pasti akan rindu semestinya biah hasanah yang kamu bina dan dapat dari sekolah ini, tapi bila kamu sekadar TERINGAT maksudnya hati kamu dah kotor waktu itu Majdi"

Allahuakbar, betullah tu abi. :(

Thursday, November 20, 2014

Kenyiaq Story

Al kisah story ni untuk bacaan si Zety (classmate aku) sebenarnya. Situasi kejadian, tapak perkhemahan Tasik Kenyir, Terengganu (ada camping program kat situ). Sebab cuaca asyik hujan je masa camping tu, tiap tiap kali time makan mesti berebut punyalah tempat duduk. Nak dijadikan cerita ada 4 biji kerusi personal untuk makan.

Kerusi 1st: aku
Kerusi 2nd: Zety
Kerusi 3rd: m
Kerusi 4th: j

Ceritanya,
J: majdi, nak duduk!
Aku: TAKLEH!!! (walaupun dah abih makan) hahahaha
J: kuang ajar mamat ni. Kau tunggu *gelak* (duduk kerusi yang lagi satu)
Zety: *gelak*
................
F (watak baru): majdi nak duduk.
Aku: oh, duduklah. Aku dah abis makan *senyum*
................
Zety: oh kau, time J nak duduk tadi kemain kau halau ehh.. F datang terus bagi. Senyum pulak tu. *gelak*
Aku: ehem tu ah true friend.
Zety: true friend korok mung! Kau dah lar banyak haters.
Aku: tu pun true friend jugak.. Haters tapi gelak je. Boleh nampak mana satu haters yang ajet ajet dengan yang haters belakang ni. *gelak*
Zety: abih tu si F tu bukan true friend lah? *gelak*
Aku: *terbatuk* eh yang tu baru nak rapat. *gelak*

The end of story pendek. Nak cakapnya best hidup berkawan cuma kita je yang tak sedar. Kalau kita nak bercakap pun dah rasa comfort maksudnya dah petanda baik dah tu. Tapi kalau tak selesa tu banyaknya krik krik je lah. Better elakkan dari rapat ngan orang yang kita tak selesa supaya tak sakitkan hati masing masing. Bukan benci ye. Tak masuk syurga putus silaturrahim- sabda Nabi :)


Kredit: Jemah group

Thursday, November 6, 2014

blowing dust

Those past years, done with following others flow. So I've said to myself to stand firm. Yeap, there is no more this and that. No matter how hateful a person can be or I can be. Still, I'm going to blow dust to them with zero reaction.

Plus FYI this is my account so I owned the rule to share about "I" things here :)
Bye bye then blog, till I got story bout me or people or environment or anything that is worth to write.

Wednesday, April 16, 2014

hijrah

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...

“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah manyahutnya!”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

terima kasih Yang Berkuasa menetapkan segala hati, engkau timbulkan rasa untuk berhijrah ke arah diri yang lama dan dengan izinmu untuk kearah yang lebih baik. Biar perlahan moga berkekalan.  Kekalkanlah rasa itu ya Allah, beri kekuatan..jangan engkau menariknya kembali selepas engkau memberi kemanisan itu..Ameen

Tuesday, April 15, 2014

sejuk kebenaran

*fuuuhhhhh sapu habuk*

Terengganu dan panas memang tak dapat dipisahkan tapi aku jumpa satu tempat yang memang takda effect langsung dengan weather surrounding. Sejuk jaa selalu dan tempat itu dalah Masjid UNiSZA. Masjid ni memang sangat hidup dan aku rasa sebab tu dia sejuk. BERKAT!!! Harap UMT pun akan ada satu masjid/ surau yang sejuk macam ni :)


Firman Allah dalam  ayat 109 dan 110 surah al-Taubah maksudnya:

"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka kecuali bila hati mereka telah hancur. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"

Wassalam......