Saturday, September 4, 2010

Alhamdulillah,Allah selamatkan aku:..

Salamullahialaikum wat pmbca sklian..kli ney tlisan ana berkisar tntag dlu nun..waktu ana bru umur bwah tjuh ton la mdah cita..bkan nk bgga la tp ana nk cita yg waktu ana mmg ska sgt smyang jemaah ney..hmpir stiap waktu ana p srau..besa la kan..srau dekat..tp bkan 2 yg ana nk fokuskan kli ney..ana nk cita yg mcm mna ana smyang kt srau 2..

tiap kli p srau..pak cik2 yg da kt situ sllu pggirkan ana..alah biasalah.."bdak2 dok saf blkg,klau x pown jgn dok dkt2 ngan org yg dh khatan,"gitulah bnyinya..ana x sllu dok saf blkg tp ana sllu dok kt saf kedua..cma jrak ana ngan makmum len 2 joh lar..

bla imam angkat tkbir lps 2 bca fatihah sma2lah ana ikot aminkan..nk gtaunya ana jhil waktu 2 psai bcaan dlm solat..smpai lah giliran kna bca fatihah sndri lak.ana x tau yg kna bca fatihah..ana dgr pak cik sblah bnyi cam hlau ayam.."pssiu..psssiu.."cam tu lah kot gamaknya.ana pown pa lg..ikot la bnyi 2..lwak tol..ana igt 2 rkun solat..kna bnyi cam 2..

waktu nk zkir pown cmtu..ana pkai sbut ja..da la jgak makmum kt srau 2 dok glak kt ana..tp ksah apa..al-maklumlah,bdak2..hehe..tp Alhamdulillah dgn izin-Nya,ana lani dh kra bleh than lar dlm bab solat..nk kta arif sgt pon dak jgak..tp InsyaAllah klau dtnya bleh la mmbntu skdar trmmpu..

dari sni ana nk rmuskan pd semua agar kita semua kan sbgai insan yg kerdil sgt nk dibandingkan dgn ilmunya yg luas 2 sdar akn dimna ltaknya kita...x kralah trltak di jln para solihin atau jln mrka yg fasik..ttpi kmblilah kpda asl ciptaan kita iaitu mkhluk yg diciptakan dri tanah shja..jgn la kta sombong dgn-Nya(Allah)..sentiasalah berdoa agar kta brda bwah naungan maghfirahnya..semoga dgn itu mnjdkan kita mukmin yg cemrlang InsyaAllah..wassalam..

Sunday, August 22, 2010

..::Ramadhan Kareem!!!

Assalamualaikum wat antum wa antunna semua..sprtinya ana bgtu lma x m'update laman dakwah bil maqal(dakwah berteraskan tulisan) dan ana mnta maaf lahuntuk itu sbb kli ney nk crita psai ramadhan walaupown tau yg dh lmbt sgt dh ney..
msa yg dikurniakan Allah ney sptnya pntas skli brlalu..pjam celi ramadhan mai & dh nk tggal kta dh pown..B'untug lah sbb kta msih dbri pluang utk brsma dgnnya thun ney..sepatutnya kta awl2 lg dh kta "Alhamdulillah, Ya Allah!!!krna mnmuiku dgn bulan barakah ini"
Seringkali ana dok t'ngiang2 kta2 Al-Ustaz fathi Yakan dlm ktabnya "madha ya'ni intima'i lil Islam"(apa ertinya sya mnganut islam)yg mnkankn spya sbg muslim yg mrjuk kpd karakter agmanya iaitu syumul,kita mstilah muslim dri sudut ibadat..
(cuba cek surah Az-zariat,ayat 56-58)..nk la na promote sket spya antum try bli kitab ney bg yg blom ada..x rgi,bes..
nk tmbah lg ney..Puasa trut mnjdi anggota dlm rkun islam yg mlgkapkan hdup mukmin yg cemerlang..kta Al-Ustaz,ibdah2 dlm rkun Islam adlah dlksnakan utk dptkan redha Ilahi dlm mengamalkannya syariat-Nya adlah trmsuk dlm ibadah..yg len rsanya antum smua lg hbat dri ana dlm m;perbahaskan psai blan ramadhan ney..jd 2 ja lar utk kli ney..semoga diambil iktibarnya dri sttik tinta ini..RAMADHAN KAREEM!!ALLAHU AKRAM!!

Thursday, July 15, 2010

Kursus ESQ (ESQ Training) Dibenarkan

PUTRAJAYA – Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ.

Pengerusi jawatankuasa itu, Profesor Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus itu boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Profesor Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin


Menurutnya, muzakarah turut memutuskan ESQ perlu membuat perubahan dan memperbetulkan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti dan perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam.

“Sepertimana yang termaktub dalam undang-undang, kuasa untuk mengeluarkan fatwa adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Muzakarah menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri termasuklah fatwa mengenai ESQ yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan mengenai status ESQ di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, semalam.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd itu kerana mendapati ajarannya menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Abdul Shukor berkata, Panel Syariah ESQ yang dilantik oleh ESQ dan direstui Jakim, adalah tokoh-tokoh agama dan ahli akademik yang sememangnya telah lama terlibat dalam bidang keilmuan Islam.

Beliau berkata, muzakarah bersetuju membuat ketetapan bahawa Panel Syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan itu perlu dilaporkan secara berterusan kepada muzakarah.

Katanya, mereka terdiri daripada bekas Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, bekas Mufti Kedah, Datuk Sheikh Hasbullah Abdul Halim, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib dan Dekan Fakulti al-Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Adnan Yusof.

“Muzakarah menghormati keilmuan tokoh-tokoh ini dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada mereka untuk menilai kandungan program ESQ,” katanya.

Menurutnya, keputusan muzakarah itu dibuat berasaskan pertimbangan ahli muzakarah yang bersetuju mengambil pendekatan berbincang, mendidik dan memperbetulkan apa jua keraguan yang ditimbulkan daripada terus menghukum.

“Sikap keterbukaan dan kesediaan pihak eksekutif ESQ dan panel syariah ESQ untuk berbincang dan menerima teguran serta pembetulan terhadap apa jua difikirkan boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, program ESQ dijalankan secara terbuka dan sesiapa sahaja boleh mengikutinya dan memberi komen.

Katanya, lapan mufti yang merupakan ahli muzakarah dan beberapa orang timbalan mufti menyertai program ESQ dan memaklumkan bahawa tiada unsur-unsur percanggahan terhadap prinsip-prinsip asas akidah dan syariah Islam.

Menurutnya, pertimbangan juga diambil kira daripada pandangan yang dikemukakan ulama dan Persatuan Islam Indonesia bahawa kandungan program ESQ tidak mengandungi unsur-unsur bercanggah dengan syariat Islam.

“Muzakarah juga mengambil kira pertimbangan bahawa program ESQ telah dilaksanakan di beberapa negara Islam lain seperti Brunei, Arab Saudi dan Singapura.

“Seperti yang kita ketahui, negara-negara ini yang berpegang kepada mazhab masing-masing mempunyai pendekatan yang kritikal terhadap pandangan luar berkenaan agama Islam, tetapi turut membenarkan ESQ dijalankan di negara mereka,” katanya.

Sumber : Sinar Harian, 15 Julai 2010

Monday, May 10, 2010

.::Sayang Mak::.

Isk.. isk.. isk..
Aku menangis, aku terkedu.
Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.
HambaMu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.
HambaMu ini tak tahu menilai intan dan kaca.
HambaMu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...

Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.
Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal member kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hambaMu ini...

Aku mengimbau...

"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."

"Biarlah Man, lama2 mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man. Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.

Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.

Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan. Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya. Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung. Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu. Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.

Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota. Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia. Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato’ dan mempunyai dua orang cahaya mata, seorang putera dan seorang puteri.

Hati ibunya melonjak2 ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu. Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.
Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.
Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

“Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah” getus ibunya.

Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,

“Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?”

“Makcik nak jumpa dengan anak makcik”

“Anak makcik? Siapa?”

“Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik”

“Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan”


Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.

Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.

“Siapa kau wahai orang tua?”

“Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung.”

“Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?”

“Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!”

“Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!”

“Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa”

“Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!”


Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu...

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala. Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya. Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

“Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibu mu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!”

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar. Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut2 dengan mimpi yang sama. Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya. Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!

Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

“Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?”

“Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?”

“Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?” herdik Fuad.

“Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?”

“Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru 2 hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah”

“Apa?”

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!

“Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri.”

Man mengambil surat tu dan membaca...

Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.


Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.

Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.

Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.

“Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!” jerit Rizman.


@};-- ~~~~ --;{@


Dari Abu Hurairah R.A:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” “Ibumu” Baginda S.A.W menjawab, “Kemudian siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”, “Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu” jawab Baginda Rasulullah S.A.W.


Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!

Tuesday, April 20, 2010

..::Siapa Kata Hiburan itu Salah?::>

Assalamualaikum kpda semua pmbca blog ana sekalian..ana nk mntak maaf lar sbb lmbt untuk menceritakan tntg salah satu program terbesar BADAR yg sekolah ana adakan dlm bln 3 bru ney..26hb..nma program 2..

Malam Nur Mahabbah..


Mlm Nur Mahabbah(nama len konsert Islam)ney dah jd satu program BADAR

bekerjasama dgn semua pelajar Tingkatan 5(Generation '93)..badge ana la 2..sja nk bg ada kenangan bersama..byk biro ada dlm usaha persediaan untuk mlm ney..ana dlm biro multimedia..mudah cerita tgok jer the making ney..(kmi jmput Mestica ngan Far-east)..



konsert ney utk thun ni x bleh nk pggil rmai sgt sbb kos x ckup..almaklumlah,antum semua pun tau yg ngra kita tgh krisis ekonomi..jd apa yg plig 'simple',2 lah yg kmi ambil..wlaupun kaunter cuma bka terhad bg warga luar..tapi cikgu2 yg hadir bwa rmai ank2 msig2..meriah bila tgok bdak2 yg ramai 2..dgn cikgu2 yg 'spoting'lah ana ktakan mlm 2..lwak bila gimik perasmian utk mlm 2 jd bercelaru..semuanya sbb x dan nk buat rehearsal..kalut sgt,msa suntuk..gimik mlm 2 biro perasmian rncag utk buat UFO yg terhempas & alien yg keluaq 2 bwa kunci utk sebagai suis utk robot yg tertulis perkataan MALAM NUR MAHABBAH utk berpusing..antum semua dpt bygkan atau tdak apa yg ana nk cerita ney?x bleh pun x pa..sbb gimik 2 rosak truk..mmg menggelikan hati ana nk igtkan saat 2..smpai semua persembahan 2 hbis & program 2 tamat mmg ana berpuas hati..lps 2 kmi yg urusetia ada sesi fotografi ngan artis lak..bkn sng 2..pelajar yg len x dpat..kmi semua ja..haiah cket ats usaha..

nk ana kongsi bersama yg mlm 2 ana gmbra sgt2..dok tgok persembahan Mestica ngan Far east 2..smpai x sdar yg mlm 2 ana dh skitkan hti kwn ana..dlm gmbra bla dh jd mcm 2 ana jd rsa bersalah sgt..dia x mau nk smbag ngan ana slpas mlm 2..tp alhamdulillah sekarang ney dh ok..ana bersyukur sgt2 sbb ana x kehilangan shbat yg baik mcm 2..

jd ana kt sini sbgai hamba yg dhoif..ana nk igtkan yg berhibur itu tdk slah..nmun perlulah ada btasnya..cuma terpulang kpd kita utk cari hiburan yg btul sbgai ibadah kpd kita..
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim)
ana juga nk igtkan yg kita tdk bolehlah berhibur sehingga terlupa tggugjwab kita dlm berukhuwah..iti krna ana dh alami..jd ana berdoa spya saudara pembaca diluar sana terselamatdri perkara sebegini..InsyaAllah..

Sunday, March 14, 2010

MINGGU BADAR::.SEMBELIHAN

Saturday, March 13, 2010

..::RENUNGAN::..


Renungkan 27/11/2009 iaitu Hari Raya Aidiladha pada hri JUMAAT..18/12/2009,thun bru Hijriah adlah pada hari JUMAAT..25/12/2009 merupakan hri natal(Krismas) pada hari Jumaat..1/1/2010,thun bru adlah hari JUMAAT..26/2/2010 iaitu Maulidur Rasul pada hari JUMAAT..2/4/2010 matinya Yesus Kristus pada hri JUMAAT..28/6/2010,hari Wesak adalah hari JUMAAT..begitu juga 10/9/2010 yg merupakan Hari Raya Aidilfitri juga pada hari Jumaat..lain2 seperti Nuzul Quran,27/8/2010,& Deepavali ,5/11/2010 turut jatuh pd hari JUMAAT..

.................................................................

Igt & renungkanlah pabila Allah menyebutkan dlm Al-Quran bhwa KIAMAT itu berlaku pada hari JUMAAT!!!Bynkkan istighfar dan berdoa semoga dosa kita diampuni dan kita sentiasa dilindungi..Ameen

PEMURAHNYA ALLAH::.Kejayaan demi kejayaan dicapai..

Salamullahhi alaik..ana nk kgsi cket brta gmbra kt skolah ana..rsult SPM kluar bru ney..Alhamdulillah dgn izin Allah,bnyk kjyaan yg ditempa oleh abg2 dan kak2 SMKAB thun lps..prtusan skolah mngkat scra mndadak dri thun lps..wlaupun thun yg llu agk merosot..tp Setiap yg Allah tntukan itu ada hikmahnya..bktinya Allah mmbri kjyaan kpd seisi warga skolah..mcm2 glgat bleh nmpak..seronok bla terpandangkan wjah2 sorang kakak 2 yang dpt 12a..da yg mlompat,tersyum lbar..msa rsult kluar 2..sbnarnya msih dlm mggu pprksaan..ana tgh periksa waktu 2..nk sbut psai khusyuk 2 mmg x dah..hari 2 jwb bio ngan psi..otak ana dah dok kt luar kls dah sbb nk tau rsult abg2 ngan kak2 2..lps 2 lak tba2 ja bnyi pengumuman yg dibuat pengetua.."PERHATIAN KPD SEMUA WARGA SMKAB,Alhamdulillah kptsan SPM pada thun ini nmpaknya lbih baik thun lps,sama2lah kta mengucapkan syukur terhadap Allah atas kejayaan ini"..agak x lma lps 2..ana tgh rehat waktu 2..bnyi plak lg skli pengumuman..kli ney dibuat oleh kaunselor skolah,cg Zakaria..dia umumkan nma2 pljar cmerlang..bnyi rmai sgguh..lps abih rhat 2 ana msuk kls utk smbung periksa strusnya..cikgu2 yang dok msuk utk jga ppriksaan 2 sumanya dlam mka yang sgt mnis..x dak satu pun yg msuk dgn mka masam..ana yg dok jwb prksa ney lg la x khusyuk..ana x tau nk luahkan rsa gmbra mcm mna yg ada kt dalam lubuk hati ana ney..bla igt blik..btol la firman Allah.."sesungguhnya tidak akan ku ubah nasib sesuatau kaum itu melainkan mereka yang mengubah sendiri"..walaupun tahun yg lalu kptsan jtuh mrudum..slps diambil iktibar olaeh semua pihak..maka berlaku sebaliknya tahun ini..mcm2 yg dilakukan cikgu2..kem itulah..kem inilah..dan sama juga dengan pljar yg tgn x lekang dgn bku..dgn usaha 2 maka dptlah hsil mcm ney..

x ker terbukti kt sini yg Allah 2 maha pemurah..kita semuanya ja yg x sedar bnda 2..sbb hati kita penuh dgn noda2 htam menyebabkan ianya jauh dri Allah..kita x mrsa nkmat Allah krna kta mrasakan semua itu kita yg dptkan dgn KEHEBATAN KITA SENDIRI..bodoh lah kita klau berfikiran sebegitu..

sbb mmg berdasarkan firman td mmg terbukti ianya perlukan usaha kita sendiri..ttpi semuanya ats keizinan dri Allah..jd di sini kpd yg cmrlang pd SPM bru2 ney..istighfarlah semoga dijauhkan penyakit riak dan semoga berjaya dalam pejalanan yg strusnya..bg yg kurang cmerlang pula..redolah dgn ketentuannya,kejayaan msih brda di hadapan sana..cma kitalah yg perlu mncrinya..InsyaAllah antum dan antunna akan berjaya..Ameen..ana pun insan yg lmah..jd sma2lah kta mmperingati satu sama lain..wassalam..

Thursday, March 4, 2010

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram



Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..


Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. .

============================================================
kat sini ana nak bg la skit pesan walaupun ana tau yang ney ksah org len..tp wajib bg kita sesama muslim untuk memperingati satu sama lain..kalau x mampu scra berhdpan..mcm neylah inisiatifnya..x gtu?..yang pntig CUBA!!!InsyaAllah Allah akn tlog kta klau kta tlog agmanya..Wallahua'lam

Sunday, February 14, 2010

Kucing bermata satu?

Dia(Jibril) berkata,"Demikianlah."Tuhanmu berfirman,"Hal itu mudah bagiku,dan agar kami menjadikannya suatu tanda(kebesaran Allah)bagi manusia & sebagai rahmat dari kami;dan hal itu adalah sesuatu urusan yang(sudah) diputuskan." surah Maryam:21

Assalamualaikum w.b.t kepada semua antum wa antunna semua.ana orang baru dalam menulis blog inidan daripada itu ana ingin berkongsi dengan antum wa antunna semua mengenai satu kebesaran yang Allah ingin tunjukkan pada kita yang menyedari akan kekuasaannya...
gambar hiasan semata


Kalau x silap ana la kan..perkara ney berlaku dalam 10 februari baru-baru ney.macam yang antum wa antunna dpt tengok pada tajuknya..itulah yang ana nk kongsi sikit ney.Ianya merupakan seekor anak kucing yang baru dilahirkan dalam keadaan bermata satu dan tidak mempunyai hidung.Ana sebenarnya terbaca pasal benda ney dekat harian Metro(bukan nak promote).Apabila ana baca saja,ana merasakan sedikit terpanggil untuk berkongsi dengan semua sebab mungkin tak semua lagi yang membacanya.ana merasakan seperti banyak peringatan yang Allah ingin sampaikan melalui peristiwa pelik bin ajaib ney..

1)Adakah ianya sebagai petanda kedatangan Dajjal itu semakin hampir...
2)Adakah ianya sebagai ujian kepada penjaga kucing tersebut...atau
3)Dunia ini sudah tua..

tiga persoalan yang simple tapi boleh dikembangkan menjadi persoalan yang dapat mengubah hidup kita semua hari ini.Kenapa?Kerana kita sentisa sibuk..tidak pernah meluangkan masa untuk memikirkan perkara sebegini melainkan hanya berkata.."Kucing mata satu?dah pernah jadi dah benda cam tu dulu..."Tidakkah kita tahu..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w. Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.KITA DUDUK PADA ZAMAN AKHIR!!!KITA DUDUK PADA ZAMAN AKHIR!!!KITA DUDUK PADA ZAMAN AKHIR WAHAI TEMAN!!!

Ana nk seru pada semua walaupun ana tahu yang ana ney adalah hamba yang dhoif..Marilah kita tidak sia-siakan akal yang allah telah kurniakan ney..Tidak perlu difikirkan perkara yang tidak patut..FIKIR PERKARA YANG PATUT..wassalam..

Saturday, February 13, 2010

kisah iblis dan Nabi Ayub as

Nabi Ayub as adalah seorang yang kaya-raya dan hidup harmoni bersama keluarganya. Pun begitu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Nabi, Baginda tidak lupa diri. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir dan bersyukur dengan nikmat Allah itu. Baginda juga terkenal dengan sifat sabar. Kerana itulah Iblis sangat dengki kepadanya, lalu memohon izin kepada Allah Taala untuk menguji kesabaran Nabi Ayub supaya sesat.

"Engkau boleh datangkan musibah ke atas seluruh harta benda dan keluarganya, tetapi engkau tidak mampu mengenakannya ke atas tubuh badannya," tegas Allah swt.

Iblis pun mengumpulkan kekuatannya. Segala jin dan syaitan dikerah menghadap Iblis. Iblis membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Masing-masing diberikan tugas khas. Misi mereka semua ialah memusnahkan segala-gala milik Nabi Ayub as. Selain harta benda yang musnah, anak-anak Nabi Ayub mati kesemuanya dikerjakan tentera Iblis. Kemudian Iblis datang menemui Nabi Ayub as dan berkata;

"Wahai Ayub, lihatlah malapetaka yang Tuhan datangkan kepadamu. Anak-anakmu, harta bendamu kini musnah semuanya. Itulah tandanya Allah swt tidak terima amal ibadahmu selama ini."

"Allahlah yang Maha Pemberi dan Dia jugalah yang berhak mengambilnya semula," jawab Nabi Ayub tenang.

Marah sungguh Iblis mendengar kata-kata itu. Lalu dia kembali menghadap Allah.

"Ya Allah! Ayub telah hilang segala-galanya namun imannya tetap teguh. Izinkan aku untuk uji dia lagi, kali ini ke atas tubuh badannya. Biar dia tidak lagi menunaikan ibadah kepadaMu ," mohon Iblis kepada Allah swt.

"Engkau boleh sakiti tubuh badannya, tetapi tidak hatinya," tegas Allah swt.

Sekali lagi Iblis dan konco-konconya mendatangkan musibah kepada Nabi Ayub as.

Ditiupkan penyakit kepada Nabi Ayub.

Menderitalah Nabi Ayub menanggung sakit dan dipulaukan orang ramai kerana takut berjangkit.
Hanya isterinya yang masih setia di sisi.

Biar habis tubuhnya diserang penyakit, namun hati Nabi Ayub as tidak henti-henti memuji dan bertasbih kepada Allah.

Gagal menyesatkan Nabi Ayub, Iblis menggoda pula isteri Baginda. Sehinggakan isterinya berasa tidak tertanggung lagi dengan kehidupan itu. Dia menyuruh Nabi Ayub berdoa kepada Allah agar dipulihkan keadaan.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

"Telah berapa lama kita nikmati hidup mewah pemberian Allah?" Tanya Nabi Ayub kepada isterinya.

"Tujuh puluh tahun," jawab isterinya.

"Berapa lama pula kita menanggung penderitaan ini?" Tanya Nabi Ayub.

"Tujuh tahun," jawab isterinya lagi.

"Aku malu untuk memohon kepada Allah supaya ditamatkan penderitaan ini jika dibandingkan dengan nikmat yang diberi-Nya selama ini. Marilah kita sama-sama bersabar menghadapinya," jelas Nabi Ayub.

Iblis tewas dalam usahanya menghasut Nabi Ayub. Ternyata, kesabaran merupakan senjata paling ampuh untuk menundukkan Iblis laknatullah. Bertambah-tambah bencilah Iblis kepada Nabi Ayub.

Nukilan editor : Kesabaran seorang Nabi ini adalah satu contoh yang baik kepada kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini yang serba mencabar. Sesungguhnya setiap satu ujian yang diturunkan kepada kita datang daripada Allah swt untuk menguji keimanan. Dan ingatlah ayat 286, surah al-Baqarah, Allah swt itu Maha Adil. Semoga kehidupan di dunia ini menjadi pemangkin ke arah kehidupan yang abadi di akhirat. InsyaAllah.


Maksudnya : Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...(sehingga ke akhir ayat) ~ Surah al-Baqarah ayat 286.


* Kisah ini dipetik daripada buku Syaitan Musuh Kita, Tak Kenal Maka Tak Benci karangan Haji Badrul Hisham dan Zakaria Sungip (mukasurat 26-27).

Tuesday, February 9, 2010

.:: cinta lagi ::.

Cinta itu buta?
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya

**************************
Kenapa dikatakan cinta itu buta??
Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,

**************************
Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari 'dimiliki' mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…
layakkah aku untuk CINTA AGUNGMU??

SIAPAKAH KITA?

Kekadang kita merasakan diri kita hina,
kekadang kita kita merasakan diri kita penuh dengan dosa,
kekadang kita merasakan hidup kita tidak bermakna,
kekadang kita kita tidak mencari ketenangan empunya jiwa,

semuanya kerana kita sentiasa memikirkan segala,
tidak berfikir ke arah kebenaran,
tidak berfikir masih ramai yang tergendala hidupnya,
tidak berfikir bahawa masih ada yang ingin ampunkan kita,

sedarlah wahai diri yang kerdil ini,
engkau tidak pernah tiada yang perhati,
sedarlah wahai diri,
engkau menyembah tuhan yang maha mengetahui,

wahai diri,
pintalah keampunan kepada ilahi,
kerana dia sudah berjanji,
tidak perlulah engkau takuti untuk mengakui kesalahan diri,

YA ALLAH!!!AMPUNILAH DIRI HAMBAMU INI..