Wednesday, April 16, 2014

hijrah

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...

“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah manyahutnya!”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

terima kasih Yang Berkuasa menetapkan segala hati, engkau timbulkan rasa untuk berhijrah ke arah diri yang lama dan dengan izinmu untuk kearah yang lebih baik. Biar perlahan moga berkekalan.  Kekalkanlah rasa itu ya Allah, beri kekuatan..jangan engkau menariknya kembali selepas engkau memberi kemanisan itu..Ameen

Tuesday, April 15, 2014

sejuk kebenaran

*fuuuhhhhh sapu habuk*

Terengganu dan panas memang tak dapat dipisahkan tapi aku jumpa satu tempat yang memang takda effect langsung dengan weather surrounding. Sejuk jaa selalu dan tempat itu dalah Masjid UNiSZA. Masjid ni memang sangat hidup dan aku rasa sebab tu dia sejuk. BERKAT!!! Harap UMT pun akan ada satu masjid/ surau yang sejuk macam ni :)


Firman Allah dalam  ayat 109 dan 110 surah al-Taubah maksudnya:

"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka kecuali bila hati mereka telah hancur. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"

Wassalam......