Sunday, February 14, 2010

Kucing bermata satu?

Dia(Jibril) berkata,"Demikianlah."Tuhanmu berfirman,"Hal itu mudah bagiku,dan agar kami menjadikannya suatu tanda(kebesaran Allah)bagi manusia & sebagai rahmat dari kami;dan hal itu adalah sesuatu urusan yang(sudah) diputuskan." surah Maryam:21

Assalamualaikum w.b.t kepada semua antum wa antunna semua.ana orang baru dalam menulis blog inidan daripada itu ana ingin berkongsi dengan antum wa antunna semua mengenai satu kebesaran yang Allah ingin tunjukkan pada kita yang menyedari akan kekuasaannya...
gambar hiasan semata


Kalau x silap ana la kan..perkara ney berlaku dalam 10 februari baru-baru ney.macam yang antum wa antunna dpt tengok pada tajuknya..itulah yang ana nk kongsi sikit ney.Ianya merupakan seekor anak kucing yang baru dilahirkan dalam keadaan bermata satu dan tidak mempunyai hidung.Ana sebenarnya terbaca pasal benda ney dekat harian Metro(bukan nak promote).Apabila ana baca saja,ana merasakan sedikit terpanggil untuk berkongsi dengan semua sebab mungkin tak semua lagi yang membacanya.ana merasakan seperti banyak peringatan yang Allah ingin sampaikan melalui peristiwa pelik bin ajaib ney..

1)Adakah ianya sebagai petanda kedatangan Dajjal itu semakin hampir...
2)Adakah ianya sebagai ujian kepada penjaga kucing tersebut...atau
3)Dunia ini sudah tua..

tiga persoalan yang simple tapi boleh dikembangkan menjadi persoalan yang dapat mengubah hidup kita semua hari ini.Kenapa?Kerana kita sentisa sibuk..tidak pernah meluangkan masa untuk memikirkan perkara sebegini melainkan hanya berkata.."Kucing mata satu?dah pernah jadi dah benda cam tu dulu..."Tidakkah kita tahu..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w. Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.KITA DUDUK PADA ZAMAN AKHIR!!!KITA DUDUK PADA ZAMAN AKHIR!!!KITA DUDUK PADA ZAMAN AKHIR WAHAI TEMAN!!!

Ana nk seru pada semua walaupun ana tahu yang ana ney adalah hamba yang dhoif..Marilah kita tidak sia-siakan akal yang allah telah kurniakan ney..Tidak perlu difikirkan perkara yang tidak patut..FIKIR PERKARA YANG PATUT..wassalam..

Saturday, February 13, 2010

kisah iblis dan Nabi Ayub as

Nabi Ayub as adalah seorang yang kaya-raya dan hidup harmoni bersama keluarganya. Pun begitu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Nabi, Baginda tidak lupa diri. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir dan bersyukur dengan nikmat Allah itu. Baginda juga terkenal dengan sifat sabar. Kerana itulah Iblis sangat dengki kepadanya, lalu memohon izin kepada Allah Taala untuk menguji kesabaran Nabi Ayub supaya sesat.

"Engkau boleh datangkan musibah ke atas seluruh harta benda dan keluarganya, tetapi engkau tidak mampu mengenakannya ke atas tubuh badannya," tegas Allah swt.

Iblis pun mengumpulkan kekuatannya. Segala jin dan syaitan dikerah menghadap Iblis. Iblis membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Masing-masing diberikan tugas khas. Misi mereka semua ialah memusnahkan segala-gala milik Nabi Ayub as. Selain harta benda yang musnah, anak-anak Nabi Ayub mati kesemuanya dikerjakan tentera Iblis. Kemudian Iblis datang menemui Nabi Ayub as dan berkata;

"Wahai Ayub, lihatlah malapetaka yang Tuhan datangkan kepadamu. Anak-anakmu, harta bendamu kini musnah semuanya. Itulah tandanya Allah swt tidak terima amal ibadahmu selama ini."

"Allahlah yang Maha Pemberi dan Dia jugalah yang berhak mengambilnya semula," jawab Nabi Ayub tenang.

Marah sungguh Iblis mendengar kata-kata itu. Lalu dia kembali menghadap Allah.

"Ya Allah! Ayub telah hilang segala-galanya namun imannya tetap teguh. Izinkan aku untuk uji dia lagi, kali ini ke atas tubuh badannya. Biar dia tidak lagi menunaikan ibadah kepadaMu ," mohon Iblis kepada Allah swt.

"Engkau boleh sakiti tubuh badannya, tetapi tidak hatinya," tegas Allah swt.

Sekali lagi Iblis dan konco-konconya mendatangkan musibah kepada Nabi Ayub as.

Ditiupkan penyakit kepada Nabi Ayub.

Menderitalah Nabi Ayub menanggung sakit dan dipulaukan orang ramai kerana takut berjangkit.
Hanya isterinya yang masih setia di sisi.

Biar habis tubuhnya diserang penyakit, namun hati Nabi Ayub as tidak henti-henti memuji dan bertasbih kepada Allah.

Gagal menyesatkan Nabi Ayub, Iblis menggoda pula isteri Baginda. Sehinggakan isterinya berasa tidak tertanggung lagi dengan kehidupan itu. Dia menyuruh Nabi Ayub berdoa kepada Allah agar dipulihkan keadaan.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

"Telah berapa lama kita nikmati hidup mewah pemberian Allah?" Tanya Nabi Ayub kepada isterinya.

"Tujuh puluh tahun," jawab isterinya.

"Berapa lama pula kita menanggung penderitaan ini?" Tanya Nabi Ayub.

"Tujuh tahun," jawab isterinya lagi.

"Aku malu untuk memohon kepada Allah supaya ditamatkan penderitaan ini jika dibandingkan dengan nikmat yang diberi-Nya selama ini. Marilah kita sama-sama bersabar menghadapinya," jelas Nabi Ayub.

Iblis tewas dalam usahanya menghasut Nabi Ayub. Ternyata, kesabaran merupakan senjata paling ampuh untuk menundukkan Iblis laknatullah. Bertambah-tambah bencilah Iblis kepada Nabi Ayub.

Nukilan editor : Kesabaran seorang Nabi ini adalah satu contoh yang baik kepada kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini yang serba mencabar. Sesungguhnya setiap satu ujian yang diturunkan kepada kita datang daripada Allah swt untuk menguji keimanan. Dan ingatlah ayat 286, surah al-Baqarah, Allah swt itu Maha Adil. Semoga kehidupan di dunia ini menjadi pemangkin ke arah kehidupan yang abadi di akhirat. InsyaAllah.


Maksudnya : Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...(sehingga ke akhir ayat) ~ Surah al-Baqarah ayat 286.


* Kisah ini dipetik daripada buku Syaitan Musuh Kita, Tak Kenal Maka Tak Benci karangan Haji Badrul Hisham dan Zakaria Sungip (mukasurat 26-27).

Tuesday, February 9, 2010

.:: cinta lagi ::.

Cinta itu buta?
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya

**************************
Kenapa dikatakan cinta itu buta??
Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,

**************************
Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari 'dimiliki' mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…
layakkah aku untuk CINTA AGUNGMU??

SIAPAKAH KITA?

Kekadang kita merasakan diri kita hina,
kekadang kita kita merasakan diri kita penuh dengan dosa,
kekadang kita merasakan hidup kita tidak bermakna,
kekadang kita kita tidak mencari ketenangan empunya jiwa,

semuanya kerana kita sentiasa memikirkan segala,
tidak berfikir ke arah kebenaran,
tidak berfikir masih ramai yang tergendala hidupnya,
tidak berfikir bahawa masih ada yang ingin ampunkan kita,

sedarlah wahai diri yang kerdil ini,
engkau tidak pernah tiada yang perhati,
sedarlah wahai diri,
engkau menyembah tuhan yang maha mengetahui,

wahai diri,
pintalah keampunan kepada ilahi,
kerana dia sudah berjanji,
tidak perlulah engkau takuti untuk mengakui kesalahan diri,

YA ALLAH!!!AMPUNILAH DIRI HAMBAMU INI..