Sunday, January 11, 2015

Palsu

Kisah air dan api

"Hai u, I nak cerita sikit ni u. u ngan I ibarat batu dengan air u, senang cerita I airlah, kan lembut sikit u pulak api sebab u kan gangster, keras sih u.  Tapi ego kita samalah u cuma beza I tak emo je u. I benci u tu,,,, tuhan sajalah yang tahu. Mana mana I nampak u, mood I jadi palsu u tahu. Effect sekali semua member I yang lain. Pernah u tau I keluar lepak sampai sampai ada u, wah a sampai z, I turn on mood palsu i. Yelah kerana nila setitik rosak susu sebelanga sampai membe membe lain pun sampai tanya I napa nampak fake sangat, nak buat macam mana jaga hati. Malu kot, sebab ada sorang kawan I ni cakap kalau I fake payah kot detect. Malu betul kantoi. I cuba u kekalkan fake tu kot kot lah nanti dah tak jadi fake tapi tak boleh u. Nak berjaya dah dalam cubaan baru ni tapi fail u tak tahu napa. U hilang je dari mata I, I terus enjoy the day dengan membe. U ada je terus I fake the day dengan membe. Ayat nampak sama tapi lain u! Apa saja u cakap, buat, dan apa apa lagi lah buat I jadi benci kat u. Takda sebab pun kadang kadang. Orang lain bahan I, rasa lawak je sampai je u, Allahhh tapi I gelak jelah sebab malas nanti ada pulak kata I slut kat belakang sebab tak gelak lawak u kan. Istighfar banyak I, u tahu. U ajar I jadi orang lain. Dulu twitter I, blog I, semua jadi emo u. Belajar dari u lah. Tahu lawak kat mana? U tu super keyboard warrior tapi bila u suka cakap orang lain keyboard warrior, kalau ikut hati I gelak sampai keluar air mata. Tapi yelah u, I air so I jaga hati. Tapi sekarang twitter I dah hidup macam biasa. Sebab u dah takda! Weehoo… So cerita I dan u ni bukan nak jadi keyboard warrior lagi cuma sebab I tahu u baca dan u tahu siapa u (u kan suka tempat tempat ni), so mungkin boleh clarify things I’m doing lately. U paham punyalah sebab semua straight forward je. Takde kias kias. Kias kias ni u punya style, bukan i. Lagipun malaslah u nak talk talk ni sebab dah pernah. Bertambah benci adalah sebab syaitan ni dah inject serum yang permanent kat i. Lagipun kalau talk, biasalah lidah manusia bercabang u. Depan I mungkin mengangguk tapi belakang I menghasut. Solat taubat, istaikharah, istighfar tak jadi u. Kita stay je macam ni u, dah tak lama dah pun. I pun ok je jadi fake u kalau tu buat semua orang ok. Apa guna gembira kalau tak bahagia (Roomate, 2015). Cuma u jangan make things worst u. Bukan senang nak fake ni (macam luka accident tuang air garam). I diam, gelak dengan fake tu sebab nak jaga hubungan tapi ada jugak limit. Lagi satu u, u suka sangat pandang rendah orang lain lah. Jangan pandang rendah orang lain u,, sebab setiap orang ada sifat yang dia taknak trigger. Ramai je abang long kat luar tu yang kena bunuh dengan orang biasa. Tu jelah u. Jangan salahkan I, u. In life we always have that one friend that we always hate. Tapi dalam case I, in life we always have that one person that we always hate. And yeahh I hate u."

Tapi still I ucap thank you sebab u dah ajar I untuk tak lagi kenal orang macam u. Thank you :) Semoga hidup u diberkati :)

Thursday, January 1, 2015

dua kosong satu lima

Perkongsian kisah sebenar..

Perbualan dua orang sahabat semasa tengah tadabur ayat alQuran.

M: Weh..ang perasan tak kalau Allah cakap pasal syurga mesti ada ayat "mengalir di bawahnya air sungai sungai"?

A: Perasan jugak..Agaknya macam mana lar rupa sungai tu ek? Mesti indah..

M dan A saling berpandangan..
A menghulurkan jari kelingkingnya tanda perjanjian..

M bertanya: Kenapa ni? Nak janji apa?

A: Janji dengan aku yang kita akan tengok sungai tu sama sama..

M bergenang air mata...

A: Uiisshhhh ang nangis ka wehh?

M: Tak lah..Panas cuaca hari ini. Sampai aku pun berpeluh! 

*mereka gelak ketawa bersama sama*

Esok dikira secara am-nya meningkat lagi satu angka dalam usia kita. Saya memohon ampun andai ada berbuat salah pada 2015 sama ada sedar atau tidak, sengaja atau tidak, berniat atau tidak Kerana saya adalah pendosa.  

Sama ada KITA "terlalu banyakmenilai orang untuk berubah" atau "terlalu banyak menilai diri untuk berubah" atau "terlalu banyak fikir untuk berubah" atau "bergerak untuk berubah" atau "asyik berfikir, menilai untuk berubah tetapi tak bergerak pun untuk berubah" terpulanglah. Ada akal untuk berfikir, ada badan untuk menggerakkan walaupun belum tentu ada iman untuk menjaya. Sebab dunia ini memang ramai "masta of life". Jadi pilih lah sendiri untuk KEKAL dengan 1,000 alasan atau pilih untuk BERUBAH dengan 1 sebab, DIA. 

 Salam "DUA KOSONG SATU LIMA". 

Monday, December 1, 2014

teringat

copy paste dari fb seorang akhawat ex-SMKAB, sahabat satu batch, kelas dari form 1 dan merangkap mantan penolong saya dalam organisasi BADAR dulu (punya nak cakap rapat lah tapi jaga ikhtilat)

......................
Sambil duduk2 di bilik, ada sahabat saya bertanya,
"kalau kita tidak hadiri majlis ilmu selama 40 hari boleh menyebabkan hati menjadi keras, apa beza kita pergi kuliah hari2 dengan majlis ilmu di surau2 & di masjid2? Kuliah tu pun majlis ilmu kan?"

Senyum mendengarnya.

Ya betul. Kuliah tu pun majlis ilmu. Tapi andaikata kuliah2 yang kita hadiri setiap hari tu gagal atau tidak berjaya mengenalkan dan mengingatkan kita pada tuhan, maka itulah bezanya. Apabila setiap ilmu tak kisahlah ilmu kimia, biologi, fizik, dsb dikaitkan dengan tuhan, maka itu juga dikatakan majlis ilmu. Kita belajar utk kenal pada tuhan. Bukankah ilmu itu juga dari tuhan? 

Teringat suasana belajar di SMKAB.. Sampaikan kelas bahasa melayu juga ada pengisian rohani. Kelas dimulakan dengan bacaan al-Quran dan tafsir. Teringat lagi guru saya mahukan setiap tulisan yg ditulis memberi makna kpd pembaca dan pemeriksa. Bukan menulis utk lulus cemerlang semata! Matematik, kimia, fizik..semuanya dikembalikan pada Dia. 
Rindu suasana tu.
Allah.. Moga syurga buat mereka.
 ...............................

adoyai baca status ni terus buat aku TERINGAT ayat abi aku di SMKAB, ust. Fuad Ahmad.
 Katanya

"kamu pasti akan rindu semestinya biah hasanah yang kamu bina dan dapat dari sekolah ini, tapi bila kamu sekadar TERINGAT maksudnya hati kamu dah kotor waktu itu Majdi"

Allahuakbar, betullah tu abi. :(

Thursday, November 20, 2014

Kenyiaq Story

Al kisah story ni untuk bacaan si Zety (classmate aku) sebenarnya. Situasi kejadian, tapak perkhemahan Tasik Kenyir, Terengganu (ada camping program kat situ). Sebab cuaca asyik hujan je masa camping tu, tiap tiap kali time makan mesti berebut punyalah tempat duduk. Nak dijadikan cerita ada 4 biji kerusi personal untuk makan.

Kerusi 1st: aku
Kerusi 2nd: Zety
Kerusi 3rd: m
Kerusi 4th: j

Ceritanya,
J: majdi, nak duduk!
Aku: TAKLEH!!! (walaupun dah abih makan) hahahaha
J: kuang ajar mamat ni. Kau tunggu *gelak* (duduk kerusi yang lagi satu)
Zety: *gelak*
................
F (watak baru): majdi nak duduk.
Aku: oh, duduklah. Aku dah abis makan *senyum*
................
Zety: oh kau, time J nak duduk tadi kemain kau halau ehh.. F datang terus bagi. Senyum pulak tu. *gelak*
Aku: ehem tu ah true friend.
Zety: true friend korok mung! Kau dah lar banyak haters.
Aku: tu pun true friend jugak.. Haters tapi gelak je. Boleh nampak mana satu haters yang ajet ajet dengan yang haters belakang ni. *gelak*
Zety: abih tu si F tu bukan true friend lah? *gelak*
Aku: *terbatuk* eh yang tu baru nak rapat. *gelak*

The end of story pendek. Nak cakapnya best hidup berkawan cuma kita je yang tak sedar. Kalau kita nak bercakap pun dah rasa comfort maksudnya dah petanda baik dah tu. Tapi kalau tak selesa tu banyaknya krik krik je lah. Better elakkan dari rapat ngan orang yang kita tak selesa supaya tak sakitkan hati masing masing. Bukan benci ye. Tak masuk syurga putus silaturrahim- sabda Nabi :)


Kredit: Jemah group

Thursday, November 6, 2014

blowing dust

Those past years, done with following others flow. So I've said to myself to stand firm. Yeap, there is no more this and that. No matter how hateful a person can be or I can be. Still, I'm going to blow dust to them with zero reaction.

Plus FYI this is my account so I owned the rule to share about "I" things here :)
Bye bye then blog, till I got story bout me or people or environment or anything that is worth to write.

Wednesday, April 16, 2014

hijrah

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...

“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah manyahutnya!”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

terima kasih Yang Berkuasa menetapkan segala hati, engkau timbulkan rasa untuk berhijrah ke arah diri yang lama dan dengan izinmu untuk kearah yang lebih baik. Biar perlahan moga berkekalan.  Kekalkanlah rasa itu ya Allah, beri kekuatan..jangan engkau menariknya kembali selepas engkau memberi kemanisan itu..Ameen

Tuesday, April 15, 2014

sejuk kebenaran

*fuuuhhhhh sapu habuk*

Terengganu dan panas memang tak dapat dipisahkan tapi aku jumpa satu tempat yang memang takda effect langsung dengan weather surrounding. Sejuk jaa selalu dan tempat itu dalah Masjid UNiSZA. Masjid ni memang sangat hidup dan aku rasa sebab tu dia sejuk. BERKAT!!! Harap UMT pun akan ada satu masjid/ surau yang sejuk macam ni :)


Firman Allah dalam  ayat 109 dan 110 surah al-Taubah maksudnya:

"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka kecuali bila hati mereka telah hancur. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"

Wassalam......