Thursday, January 1, 2015

dua kosong satu lima

Perkongsian kisah sebenar..

Perbualan dua orang sahabat semasa tengah tadabur ayat alQuran.

M: Weh..ang perasan tak kalau Allah cakap pasal syurga mesti ada ayat "mengalir di bawahnya air sungai sungai"?

A: Perasan jugak..Agaknya macam mana lar rupa sungai tu ek? Mesti indah..

M dan A saling berpandangan..
A menghulurkan jari kelingkingnya tanda perjanjian..

M bertanya: Kenapa ni? Nak janji apa?

A: Janji dengan aku yang kita akan tengok sungai tu sama sama..

M bergenang air mata...

A: Uiisshhhh ang nangis ka wehh?

M: Tak lah..Panas cuaca hari ini. Sampai aku pun berpeluh! 

*mereka gelak ketawa bersama sama*

Esok dikira secara am-nya meningkat lagi satu angka dalam usia kita. Saya memohon ampun andai ada berbuat salah pada 2015 sama ada sedar atau tidak, sengaja atau tidak, berniat atau tidak Kerana saya adalah pendosa.  

Sama ada KITA "terlalu banyakmenilai orang untuk berubah" atau "terlalu banyak menilai diri untuk berubah" atau "terlalu banyak fikir untuk berubah" atau "bergerak untuk berubah" atau "asyik berfikir, menilai untuk berubah tetapi tak bergerak pun untuk berubah" terpulanglah. Ada akal untuk berfikir, ada badan untuk menggerakkan walaupun belum tentu ada iman untuk menjaya. Sebab dunia ini memang ramai "masta of life". Jadi pilih lah sendiri untuk KEKAL dengan 1,000 alasan atau pilih untuk BERUBAH dengan 1 sebab, DIA. 

 Salam "DUA KOSONG SATU LIMA". 

1 comment:

  1. suddenly, tears running down my face... ukhwah fillah till Jannah... <3

    ReplyDelete